Monday, September 29, 2008
Pernikahan adalah seperti sekolah
Tidak hanya saya meminta kepada Tuhan,seraya menjelaskan kriteria pasangan yang saya inginkan. Saya menginginkan pasangan yang baik hati,lembut, mudah mengampuni, hangat, jujur, penuh dengan damai dan sukacita, murah hati, penuh pengertian, pintar, sense of humor, penuh perhatian. Saya bahkan memberikan kriteria pasangan tersebut secara fizikal yang selama ini saya impikan.
Sejalan dengan berlalunya waktu,saya menambahkan daftar kriteria yang saya inginkan dalam pasangan saya. Suatu malam, dalam doa, Tuhan berkata dalam hati saya, "HambaKu, Aku tidak dapat memberikan apa yang engkau inginkan.
"Saya bertanya, "Mengapa Tuhan?" dan Ia! menjawab, "Kerana Aku adalah Tuhan dan Aku adalah Adil. Aku adalah Kebenaran dan segala yang Aku lakukan adalah benar."
Aku bertanya lagi, "Tuhan, aku tidak mengerti mengapa aku tidak dapat memperoleh apa yang aku pinta dariMu?"
Jawab Tuhan, "Aku akan menjelaskan kepadamu. Adalah suatu ketidakadilan dan ketidakbenaran bagiKu untuk memenuhi keinginanmu karena Aku tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan seperti engkau. Tidaklah adil bagiKu untuk memberikan seseorang yang penuh dengan cinta dan kasih kepadamu jika terkadang engkau masih kasar; atau memberikan seseorang yang pemurah tetapi engkau masih kejam; atau seseorang yang mudah mengampuni, tetapi engkau sendiri masih suka menyimpan dendam; seseorang yang sensitif, namun engkau sendiri tidak..."
Kemudian Ia berkata kepada saya, "Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala kualitas yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua itu. Pasanganmu akan berasal dari tulangmu dan dagingmu, dan engkau akan melihat dirimu sendiri di dalam dirinya dan kalian berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana engkau dan pasanganmu akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain, tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu".
....................................................
Kita kadang-kadang mahukan sesuatu yang tidak ada pada diri kita...mengharapkan sesuatu yang sentiasa sempurna.Tetapi adakah kita sedar tentang pandangan orang lain terhadap diri kita..??
Jika kita memiliki seseorang, maka hargailah dia seadanya kerana dia hanyalah manusia biasa sepert kita..keistimewaan yang terdapat dalam diri dia belum tentu ada pada diri kita bahkan orang lain...
p/s: Jadi..apa kata korang??
Friday, September 26, 2008
Salam Aidil Fitri

Hello friends,
I would like to wish everybody here 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin'
Sesungguhnya kedatangan syawal amat bermakna buat kita semua. And don't eat too much ok..
-Salam-
Pemergian Ramadhan Ditangisi
Bulan Penuh Berkah Lagi Dirahmati
Semoga Ramadhan Jumpa Lagi
Kerana Usia Di Tangan Ilahi
Datangnya Syawal Tanda Kemenangan
Sebulan Berpuasa Menahan Cubaan
Sambut Raya Dengan Kemaafan
Moga Bergembira di Hari Lebaran
Maaf di atas segala tutur kata mahupun perbuatan
Sama ada sengaja atau tidak
Antara kita tiada yang sempurna
Salah dan silap adat manusia
Marilah bermaafan sesama kita....
Kepada yang memandu pulang ke kampung berhati-hati...maut jangan dicari... Sesal di saat itu tiada gunanya tatkala kematian menjemput kita... Pandu cermat, biar berhemat, janji selamat...
Wassalam Ikhlas,
Moments in life
There are moments in life when you miss someone so much that you just want to pick them from your dreams and hug them for real.
When the door of happiness closes, another opens but often times we look so long at the closed door that we don't see the one, which has been opened for us.
Dream what you want to dream. Go where you want to go. Be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
May you have enough happiness to make you sweet. Enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human and enough hope to make you happy.
The happiest of people don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything that comes along their way.
The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go forward in life until you let go of your past failures and heartaches.
When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so at the end,You ' re the one who is smiling and everyone around you is crying.
SMILE ALWAYS
Thursday, September 25, 2008
Setia
Korang pernah dgr perkataan setia?? Bukan setiawangsa atau setiawan tapi setia yang aku maksudkan ialah sikap yang manusia perlu pada diri setiap masing-masing. Korang mesti ada sikap macam tu bukan..?? Semua orang ada.. tapi kesetiaan kita lebih kepada siapa?? ibu ayah?? kawan2?? jiran2?? awek2?? balak2?? kenderaan kita?? harta benda?? atau ALLAH S.W.T??
"alamak..dah pukul 4.00 petang..mesti siti marah aku kalau lambat lagi kali ni" kata ahmad yang terleka menonton tv dari pukul 1.00 ptg lagi. Lalu terus mencapai baju dan kunci keretanya.
Atau
"celaka betul..bola dah nak start ni..cepatlah!!!" sumpah abu yang tersangkut 3 jam kat tgh jalan akibat jem dari pukul 4.00 ptg lagi.
Korang pernah x berada dalam situasi seperti dialog diatas??kalau pernah maknanya korang mmg jenis yang setia....setia kepada dunia semata..
Kenapa aku kata macam tu?? Sebabnya pernah x korang terfikirkan solat yang korang akan terlepas jika terlambat?? Pernah x korang fikirkan kesetiaan korang terhadap Allah S.W.T??
Korang takut siti marah. Korang x takut Allah yang marah kat korang?? Korang rasa sayang kalau bola terlepas. Tapi korang x rasa sayang masa korang untuk kumpul pahala terlepas??
Korang sendiri yang menulis dan mewarnai jiwa korang supaya berlaku setia kepada dunia semata. Ingat kah wahai korang2 semua, jiwa ni merupakan kertas putih yang kita sendiri akan corakkan melalui panca indera, ilmiah dan dari segi akhlak kita..?? Hal ini jelas dalam surah asy-syams ayat 7-10.
Pada saat ini korang masih hidup dan pada ketika ini korang masih berada di alam ketiga iaitu alam dunia tetapi korang pernah terfikir x yang sebentar lagi korang akan mati dan itu sesuatu yang pasti. Korang akan mempunyai penjaga yang setia kepada korang dalam kubur nanti. Jika kita bandingkan umur kita dgn amalan yang kita jalani di alam dunia, pasti jauh sebanding. Jika diibaratkan dgn suatu perjalanan maka perjalanan kita ke alam barzakh adalah perumpamaanya.
P/S: Korang lebih rela dihukum awek/bf daripada hukuman Allah S.W.T sendiri?? gilo habaq hang...
Thursday, August 21, 2008
Cinta Cyber dan Jarak Jauh
Hari ni tergerak hati aku utk menulis tentang cinta. Aku mengaku yang aku tidak berapa pandai dalam hal2 sebegini dan aku tidak mahu org salah faham yang blog aku ni merupakan blog jiwang. Cuma aku ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai pandangan aku terhadap cinta. Sekali lagi aku nak ingatkan AKU TAK JIWANG wahai kalian semua.

Cinta yang aku maksud kan adalah cinta cyber dan cinta jarak jauh. Tersangat la jauh iaitu dipisah kan oleh 2 benua. Korang ada pengalaman mcm ni?? dan cinta ini berputik bukan lah didepan mata tapi bermula dialam cyber. Pernah bercinta dialam cyber?? sejauh mana tahap keihklasan korang??
.........................................................
Dulu aku benar-benar tidak mempercayai cinta sebegini. Aku tidak yakin. Langsung tidak yakin. Sebab dulunya aku pernah 'set' dalam fikiran aku iaitu sempadan antara dunia cyber dan realiti. Bagi aku dunia cyber hanyalah hiburan semata dan bukannya sesuatu yang serius. Tidak boleh langsung disamakan dgn dunia realiti. Aku selalu ingat akan 3 perkataan ini 'DONT TRUST ANYBODY'. 3 perkataan ini lah yang selalu membuatkan aku lebih berhati2 didlm dunia cyber. Well im just going to say cyber love is crazy, its nothing. Mungkin kita perlu ada tahap kepercayaan yang tinggi kepada pasangan masing-masing. Tapi itu terlalu sukar buat aku. I would never want to imagine my other half with someone else, or imagine myself with someone else..
Aku juga pernah terlibat dalam percintaan sebegini. Aku tidak menafikan yang aku betul - betul bahagia ketika itu. Walaupun aku rasa selesa, persoalan mengenai hubungan cinta ini selalu bermain dalam fikiran aku. "Adakah aku yakin boleh meneruskan cinta sebegini??". Hari berganti hari namun aku still tertanya-tanya, dan sampai satu tahap aku telah berfikir semasak-masaknya lalu membuat keputusan untuk memutuskan hubunganku.Tapi itu tidak bermakna aku mempermainkan perasaan perempuan. Kerana aku mempunyai alasan aku sendiri. Cinta tu mmg betul2 wujud dalam hati aku. Mmg aku betul2 mengaku yang aku telah jatuh cinta waktu itu. Entah mengapa aku berasa tidak yakin. Aku tidak yakin untuk meneruskan cinta kami. Aku ingin meminta maaf sekali lagi kepada N. Kalaulah masa boleh diundur.

Tapi bermula pada suatu hari, kisah cinta cyber rakan ku telah berjaya mengubah pandangan aku. Pandangan mengenai cinta cyber dan jarak jauh. Kisah yang betul - betul membuatkan aku terharu. Mengajar aku apa itu erti pengorbanan, kesabaran, pahit manis dunia org bercinta. Memang aku baru sedar. Walaupun dipisahkan oleh 2 benua hubungan cinta mereka tidak langsung menunjukkan jalan mati. Tidak pernah terlepas utk bergurau senda, bertanya khabar atau mengambil berat antara 1 sama lain. Maafkan aku kerana tidak percaya terhadap cinta cyber dulu. And i'm just happy to realize my mistake.

Kini baru aku sedar, cinta bukan diukur pada jarak dan tempat tapi pada kejujuran dan keihlasan kita sendiri. Bercintalah dekat 1 inci sekalipun , jika hanya kerana suka-suka lebih baik putuskan sahaja. Jangan biarkan org lain menderita kerana kita. Maafkan aku N. That's not what i want but i'm perforce.
Aku bukan mengatakan tiada bahaya dalam percintaan cyber tapi aku ingin beritahu korang yang cinta cyber memang benar-benar wujud. Cuma kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Apa gunanya jika kita mempunyai keluarga dan sahabat handai tapi tidak meminta nasihat atau pandangan mereka. Pandangan mereka tentang percintaan kita memang sesuatu yang sangat-sangat diperlukan. Tapi letakkan yang paling utama iaitu kepada Allah S.W.T. Minta petunjuk dariNya. Banyak-banyakkan berdoa agar perjalanan cinta kita dirahmati.
Untuk memudahkan percintaan jarak jauh dan cyber korang, aku paste petua-petua dia yang aku dapat dari email. Harap membantu.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
So kepada rakanku iaitu S dan N, Aku berdoa untuk kebahagiaan cinta korang. Aku harap pihak lelaki tidak melakukan apa yang telah aku buat kepada Nurul dulu. Jangan biarkan dia menangis lagi.
~Jauh dimata dekat dihati
P/s : Cinta cyber dan jarak jauh ni orang kata leceh sebab banyak dugaan. Tapi tanpa dugaan apa lah makna hidup kita.
Tuesday, August 19, 2008
Tips berkasih sayang
Korang selalu bergaduh dengan bf/gf atau suami/isteri korang?? walaupun mengenai hal-hal yang kecil?? Si dia jarang msg, lambat call, tidak mengucapkan selamat malam sebelum masuk tidur?? Jika korang sering bergaduh adakah bermakna tiada lagi persefahaman dan sudah tidak sehaluan. Atau bergaduh bermakna mengambil berat?? Tak kisah la apa yang korang nak takrifkan. Aku bukan nak bercerita mengenai pergaduhan antara pasangan..aku x berminat..kalau pergaduhan yang boleh menghancurkan umat islam baru aku berminat mcm kat forum2 politik tu.
Tapi aku sebagai manusia sengaja ingin berkongsi petua2 berkasih sayang yang aku dapat dari email. Ada sesetengah orang yang bercinta, dia hanya pandai menerima kasih sayang tapi tidak pandai memberi. So harap2 petua2 ni dapat membantu sedikit sebanyak masalah dalam hubungan korang dan pasangan.
...................................................................
10 Situasi LELAKI yang HARUS wanita FAHAMI.
Bila si dia sibuk. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
Bila si dia romantik.Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
Bila si dia panas baran. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya.
Bila si dia penat. Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
Bila si dia pentingkan diri sendiri.
Bila si dia mengongkong. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
Bila si dia selamba.
Bila si dia curang. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
Bila si dia lurus bendul. Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
............................................................
Pantang wanita jika lelaki sebegini.
Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ˜boleh tolong buatkan kopi” dan “tolong buka pintu tu”
Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.
Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.
Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.
.............................................................
Perkara-perkara yang tidak disukai ISTERI
1) Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....
2) Suka letak barang merata-rata
3) Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje)
4) Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas) - Kena bertolak ansur sebab isteri kadang2 penat menjaga anak dan rumah.
5) Tak pernah menghargai kasih sayang isteri. Jgn sebelum kawin aje romantik lepas kawin semua lupa. Kadang2 isteri memerlukan kasih sayang dan belaian dari seorang suami. Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati siisteri bahagia.
6) Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari2 yang bermakna buat kamu berdua. Seperti tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri. Walaupun hanya seungkap kata. Gembira rasanya siisteri apabila sisuami mengingati hari2 mereka, bukannye nak meminta hadiah , tetapi sekadar ungkapan tak luakkan....
7) Jgn kedekut.
8 ) Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan, kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk mendapat hasil yang si suami inginkan....
9) Jgn berat tulang, rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..
10) Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)
11) Tak suka bila sisuami mula meninggikan suara (menengking)
12) Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki ( Perkara nie walaupun jarang dibuat tetapi sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada siisteri oleh itu jgn sesekali buat macam nie kat isteri).
......................................................................
Petua mengasihi ISTERI
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya.Sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkan.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan..
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.
22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
24. Berkongsilah masalah dengan mereka,
25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!
27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.
28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
30.
31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu... itu kerana mereka SAYANGkan kamu!
....................................................
So, apa kata korang?? sudah melakukan petua2 sebegini sebelum ni??
kalau masih tak jalan..percayalah..
...........ada hikmah disebalik semua tu.
Monday, August 18, 2008
Anak Durhaka
Cuaca hari ini menunjukan yang hujan akan turun sebentar lagi. Aduh, dalam keadaan macam ini pasti akan memburukan kesihatan aku. Dengan suasana ofis ku yang agak lengang sepatutnya aku ingin mengarang sebuah cerita mengenai 'tangisan' untuk tatapan korang tapi aku tidak terdaya..maafkan aku kalian semua.Owh i'll be physically and mentally sick.Tapi aku telah mengambil inisiatif lain iaitu dengan mengopy paste cerita dalam email yang aku dapat tahun lepas untuk menggantikan entry yang sepatutnya aku sendiri karang. Cerita ni mengenai anak yang durhaka kepada ibunya..Seakan2 cerita si tanggang tapi berlainan jantina. Cerita yang pendek tapi banyak pengajaran nya.So seperti biasa, korang sendiri tafsir..
............................................................
Cerita Kalimantan Barat
Di sebuah desa terpencil, tinggallah seorang gadis dan ibunya. Gadis itu cantik. Sayang, dia sangat malas. Ia sama sekali tak mau membantu ibunya mencari nafkah. Setiap hari gadis itu hanya berdandan. Setiap hari, ia mengagumi kecantikannya di cermin. Selain malas, gadis itu juga manja. Apa pun yang dimintanya, harus dikabulkan. Tentu saja keadaan ini membuat ibunya sangat sedih.
Suatu hari Ibunya meminta anak gadisnya menemaninya ke pasar. “Boleh saja, tapi aku tak mau berjalan bersama-sama dengan Ibu. Ibu harus berjalan di belakangku,” katanya. Walaupun sedih, ibunya mengiyakan. Maka berjalanlah mereka berdua menuruni bukit beriringan. Sang gadis berjalan di depan, sang ibu berjalan di belakang sambil membawa keranjang.
Walaupun mereka ibu dan anak, mereka kelihatan berbeda. Seolah-olah mereka bukan berasal dari keluarga yang sama. Bagaimana tidak? Anaknya yang cantik berpakaian sangat bagus.
Sedangkan ibunya kelihatan tua dan berpakaian sangat sederhana.
Di perjalanan, ada orang menyapa mereka. “Hai gadis cantik, apakah orang yang di belakangmu ibumu?” tanya orang itu. “Tentu saja bukan. Dia adalah pembantuku,” kata gadis itu. Betapa sedihnya ibunya mendengarnya. Tapi dia hanya diam. Hatinya menangis. Begitulah terus menerus. Setiap ada orang yang menyapa dan menanyakan siapa wanita tua yang bersamanya, si gadis selalu menjawab itu pembantunya.
Lama-lama sang ibu sakit hatinya. Ia pun berdoa . “Ya, Tuhan, hukumlah anak yang tak tahu berterima kasih ini,” katanya. Doa ibu itu pun didengarnya. Pelan-pelan, kaki gadis itu berubah menjadi batu. Perubahan itu terjadi dari kaki ke atas. “Ibu, ibu! Ampuni saya. Ampuni saya!” serunya panik. Gadis itu terus menangis dan menangis. Namun semuanya terlambat. Seluruh tubuhnya akhirnya menjadi batu. Walaupun begitu, orang masih bisa melihatnya menitikkan air mata. Karenanya batu itu diberi nama “Batu Menangis”
…………………………………………………………
Itu la kisah yang aku dapat dari email. Mari aku ulas sedikit.
Bagi korang,apa punca anak derhaka ni??
Ibu bapa??
Kawan2??
Jiran??
Gf/Bf??
Binatang peliharaan??
Atau Diri kita sendiri??
Hurm,
Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" Berbakti kepada kedua ibubapa adalah perkara yang dituntut dalam islam.
Now, personally, i think kita sendiri perlu berfikir apakah betul atau tidak apa yang kita buat?? Adakah ianya melanggar tututan Islam..?? Tahu tak dosa menderhaka kepada ibu bapa ni tergolong dalam 4 dosa besar?? Tahu apa jenis2 dosa besar??
Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, DERHAKA KEPADA IBUBAPA dan menjadi saksi palsu.
(sambil lap hingus,aku meneruskan ceritaku)
Korang pernah tak terbayangkan kesusahan ibu mengandung.Perut baru membesar sikit dia dah start muntah-muntah, kepala pening,tak boleh nak makan itu ini,badan letih,bau ketiak suami sikit nak muntah serta kesusahan bapa korang yang sentiasa berjaga siang dan malam untuk menjaga isteri yang sarat mengandung.Esok nak bangun pagi lagi,nak cari rezeki..untuk siapa?? Untuk isteri dan anak dalam perut tu la…Hello,itu baru korang dalam perut oke..belum aku cerita lagi masa nak lahirkan korang,nak sekolah
Aku belum rasa menjadi bapa(pasal aku tak kahwin lagi) tapi aku tahu bagaimana perasaan tu..
Sebab aku ada membela seekor ikan.wuuuu..bela ikan pun letih tau..nak cari duit untuk beli makanan ikan aku..nak kene sentiasa ingat bila aku perlu bagi makan..nak kene bersihkan tahi2 ikan aku..nak bersihkan akuarium aku lagi..5% hari aku hanya untuk ikan je..It makes me sick . Itu baru ikan..belum lagi kucing..kambing..lembu aku kat kampong tu..sian bapak aku..cuti ni saya balik tolong ye pak..
Nasib baik ikan aku jenis tak jaga malam minta makanan..pasal dia tak leh tido(ikan boleh tido ker??..tak tahulah aku)..sebelum aku melalut cerita pasal keistimewaan ikan aku, baik aku memblahkan diri dari blog aku ni..
(Owh aku bersin 2-3 kali)
Cuma aku nak ingatkan..syurga dibawah tapak kaki ibu..I'll miss the comfort of my mother.ibu tak minta kita wang tiap-tiap bulan,bapa tak minta kita belikan kereta atau rumah besar. mereka cuma mahukan kita berjaya dan tidak melupakan jasa mereka.kita sebagai anak-anak perlu pandai menggunakan akal bagaimana mahu melmbalas jasa baik ibubapa kita.Walaupun ibubapa tidak menunjukkan kesedihan atau kegembiraan yang mereka rasai.aku percaya kita semua mempunyai naluri seorang anak. I am willing to hold my hands up and say that you knows better than me.
Sebelum aku menamatkan sesi nasihat aku, aku ingin menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Anak derhaka..
Sallatullahi Sallamullah
Sallatullahi Sallamullah
Cukup azabnya ibu mengandung
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong
Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya
Setelah anak kian dewasa
Dididik dengan kasih sayangnya
Diberi ilmu secukupnya
Hingga si anak kepuncak jaya
Bila si anak sudah beristeri
Ibu dibuat sebagai abdi
Kain dan baju disuruh cuci
Makan dan minum disuruh saji
Ibu yang
Duduk berendam si air mata
Akhirnya ibu menutup mata
Atas perbuatan anak durhaka
p/s: Sudahkah korang kirim belanja bulanan kepada ibubapa kamu??
Sunday, August 17, 2008
Berakhirnya sebuah harapan

21-12, 21-8, begitulah kesudahan acara badminton final sukan Olimpik diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan dimana acara tersebut telah menyebelahi perseorangan dari China itu..Lee Chong Wei apparently crushed by the enormous pressure on him from the whole Malaysia nation, melakukan banyak kesilapan mudah berkali-kali, and finally yielded the victory to Lin Dan at an awkward score.It was a sad way for Chong wei to bring the gold on his career. Kini berakhirlah sudah sebuah harapan rakyat Malaysia untuk melihat peserta perseorangan kita merangkul pingat emas pertama untuk negara sekaligus mencipta sejarah Malaysia untuk temasya Olimpik kali ini.. However, semangat yang ditunjukkan oleh Chong Wei berjaya membuatkan aku terharu..He had done everything he can for badminton and i've loved every second..Aku tidak menyalahkan mana2 pihak bagi kegagalan ini sebaliknya aku ingin mengucapkan tahniah kepada kontijen negara kita kerana telah berjuang bermatian2 dalam sukan Olimpik ini..Aku berharap peristiwa semalam dapat membakar semangat pelapis kita untuk masa akan datang.
Aku juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk Chong Wei kerana advantage jelas memihak kepada peserta tuan rumah..Seperti mana yang diketahui Lin Dan merupakan pemain no 1 dunia, bermain ditempat sendiri, mempunyai penyokong yang ramai dan permainan phsycho beliau yang berjaya. Tapi kemaraan chong wei ke final tidak dapat diragu lagi. I hope he can help to bring up the next generation.Sukan Olimpik di Beijing kali ini telah membuatkan aku bersemangat untuk bermain badminton selepas pulang dari kerja..yup,demam badminton telah kembali and i'm going to miss the Olympics. Merupakan the best sporting event in the world to represent your country and to be an Olympian.Well done Chong Wei
~MALAYSIA BOLEH.
p/s: Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.
Liverpool's year??
I just can’t wait for the action to get underway... been waitin for so long..Even liverpool perfomance 'sgt teruk' semasa lawan Standard Liege in our CL qualifier first leg, i’m still very confident we’ll see them off in the second leg at Anfield. Selamat datang ke Anfield wahai 'standart somehing'..
Apa-apa pun, a good start from liverpool last night, o-1 win againts sunderland. Once again,torres menyelamatkan liverpool.Three points on the opening day away from home even liverpool's player didn't play that well.One thing's for certain after these last 2 games i can't wait to see Babel, Masch and Lucas back. 2 of those 3 will be back before long with Babel already on his way probably. And i'm more optimistic this year than ever i think we'll progress even further in all competitions than before.Will this be the year that we finally manage to return the league title to its spiritual home in the Anfield trophy room?
Saturday, August 16, 2008
Berfikir
Hari ini kita telah berjaya menunaikan solat 5 waktu dgn tepat..tanpa melakukan solat qada’ utk hari yg sama..tapi pernah tak korang terfikir..adakah solat kita tu diterima Allah S.W.T? adakah kusyuk bacaan kita dalam solat tadi?? (sila ambil berat dlm hal ini) ..
Jika korang yakin tentang solat korang..Alhamdulillah..itu tandanya korang dah lama fikir pasal hal ini..tapi jika masih was2…sila tafsir sendiri..
“ahh,aku tak peduli..hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa” kata abu dalam cerekarama tahun lepas…
Nak tahu tak apa jadi kat abu pada penghujung cerita tu..dia ditangkap polis dan dijatuhkan hukuman mati pasal dia kutip hutang nyawa dekat musuhnya..gila gua cakap sama lu..
“aduh!! Sakit perut aku ni. Ni mesti makanan kat kedai makcik timah tadi” kata abu kepada dirinya sendiri
Abu ni spesis manusia paling laju dalam dunia..dia membuat keputusan dalam masa 5 saat sahaja serta merta mengatasi rekod usain bolt (pemegang rekod dunia dalam acara lumba lari).Aku faham,orang dalam kesakitan ni mana ada masa nak berfikir ye tak??Tapi kesian la kat makcik timah tu.Boleh menimbulkan fitnah.
‘Berfikirlah sebelum kejayaan jgn berfikir selepas kegagalan..’
Pernah dengar 6 persoalan hidup yang disebutkan oleh Imam Al Ghozali?? Kalau korang pernah dengar pun aku nak kasi tahu jugak..pasal ini blog aku…so aku mempunyai hak 100 % utk melakukan apa yang aku suka..tapi jangan ingat aku bertindak tanpa berfikir…
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Salam~


