Thursday, September 25, 2008

Setia

Hari ni aku berkesempatan untuk menulis kembali setelah bz sepanjang minggu. 1st sekali aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka dan selamat menjalani ibadah puasa buat rakyat malaysia dan umat isle seluruh dunia. Aku tahu memang dah terlambat. Tapi anggap lah itu ucapan untuk tahun hadapan. terlalu awal pula bukan?? Sila la memerdekakan diri korang dari penjajah dosa. Bukan hanya setakat penjajah negara. Ini dunia moden. Penjajah negara dah x de..tapi penjajah dosa yang semakin byk. Sila tafsir ok.

Korang pernah dgr perkataan setia?? Bukan setiawangsa atau setiawan tapi setia yang aku maksudkan ialah sikap yang manusia perlu pada diri setiap masing-masing. Korang mesti ada sikap macam tu bukan..?? Semua orang ada.. tapi kesetiaan kita lebih kepada siapa?? ibu ayah?? kawan2?? jiran2?? awek2?? balak2?? kenderaan kita?? harta benda?? atau ALLAH S.W.T??

"alamak..dah pukul 4.00 petang..mesti siti marah aku kalau lambat lagi kali ni" kata ahmad yang terleka menonton tv dari pukul 1.00 ptg lagi. Lalu terus mencapai baju dan kunci keretanya.

Atau

"celaka betul..bola dah nak start ni..cepatlah!!!" sumpah abu yang tersangkut 3 jam kat tgh jalan akibat jem dari pukul 4.00 ptg lagi.

Korang pernah x berada dalam situasi seperti dialog diatas??kalau pernah maknanya korang mmg jenis yang setia....setia kepada dunia semata..

Kenapa aku kata macam tu?? Sebabnya pernah x korang terfikirkan solat yang korang akan terlepas jika terlambat?? Pernah x korang fikirkan kesetiaan korang terhadap Allah S.W.T??

Korang takut siti marah. Korang x takut Allah yang marah kat korang?? Korang rasa sayang kalau bola terlepas. Tapi korang x rasa sayang masa korang untuk kumpul pahala terlepas??

Korang sendiri yang menulis dan mewarnai jiwa korang supaya berlaku setia kepada dunia semata. Ingat kah wahai korang2 semua, jiwa ni merupakan kertas putih yang kita sendiri akan corakkan melalui panca indera, ilmiah dan dari segi akhlak kita..?? Hal ini jelas dalam surah asy-syams ayat 7-10.

Pada saat ini korang masih hidup dan pada ketika ini korang masih berada di alam ketiga iaitu alam dunia tetapi korang pernah terfikir x yang sebentar lagi korang akan mati dan itu sesuatu yang pasti. Korang akan mempunyai penjaga yang setia kepada korang dalam kubur nanti. Jika kita bandingkan umur kita dgn amalan yang kita jalani di alam dunia, pasti jauh sebanding. Jika diibaratkan dgn suatu perjalanan maka perjalanan kita ke alam barzakh adalah perumpamaanya.

P/S: Korang lebih rela dihukum awek/bf daripada hukuman Allah S.W.T sendiri?? gilo habaq hang...

No comments: