Thursday, October 9, 2008

save the futsal player, save the world

2/5/08.Hembusan asap yg berbentuk 'O' satu demi satu aku lepas kan... pemerhatian aku tertumpu di gelanggang futsal..10.00pm.."kenapa lah kite masih tggu kat sini..jom la balik" rungut rakan sebelahku..sayangny a rungutan yg dituju khas kepada aku bertindak seperti asap rokok ..masuk ikut mulut..keluar melalui idung..ada nada keluhan di wajahnya..aku masih memerhatikan org ramai yg sedang sibuk bermain futsal..skill2 yg menarik..gerakan2 yg pantas..rembatan yg kuat..saling x tumpah seperti gaya permainan2 eropah ermm.."kenapa bila wakili malaysia..jauh berbeza permainannya.." keluhan hati ku..mungkin benar kata rakan2 ku..malaysia ni ibarat juara kampung sahaja..hanya boleh bermain dlm kelab malaysia.. fuhhhh..hembusan asap yg panjang..menghabisk an sisa2 rokok ku...

10.30pm.."mana yg lain ni..??" aku mula merungut..mahu saja aku menghabiskan kesemua rokok dlm simpanan aku..sedang aku leka, dtg seorg mamat melayu yang baru tiba bersama awek melayu nya..kini  permerhatian aku tertumpu kepada pasangan tersebut (awek tu je sebenarnya)..mungkin aku perlu mengakui..yg aku lebih berminat terhadap awek berbanding futsal....baju fit ala2 baju budak berumur 6 tahun..suar sendat ketat dan mampat..paras peha..peha?? biasa aku tgk betis je.."kenapa mesti seksi??" ....Bf dia pula hanya memakai track panjang berbaju tshirt kebun..siapa sebenarnya yg akan bermain futsal??..BF dia atau awek tersebut?? bercerita tentang awek ni..teringat dekat opis mate aku..dah berkahwin..anak 4.. dia pernah beritahu aku yg dulu masa zaman bujang ..main bola kat padang(futsal x de lagi masa tu..) x pernah bwk awek..susah kot..atau segan pasal dia x reti main bola..erm..x kisah la..

Ekceli..itu bukannya masalah kalau bwk gf tgk kite beriadah..tapi kenapa perlu seksi?? c'mon la.. agaknya beli kelapa kat kedai pun pakai mcm ni ke..aku lap peluh yg dari tadi mengalir kat dahi..x main futsal pun berpeluh..agaknya tempat ni terlalu panas..ermm atau....mungkin awek tadi terlalu hotzz.. "x main futsal pun x pe..dapat cuci mata pun jadi la.." tiba2 kwn aku bersuara..ahaha..te rgelak aku..x perlu pergi disko..zaman sekarang gelanggang futsal pun boleh cuci mata.. 

"budaya malaysia da rosak teruk..dah jadi mcm barat" rungut kawan aku..."patut la kereta buatan malaysia asik rosak je.." aku berseloroh..ahaha.. x de respon drpd rakan2 ku..bukan masa yg sesuai utk melawak  rasanya..atau mungkin mmg x kelakar..x kisah la..

10.45 pm.."dah la..jom balik..dorang mmg x dtg"...kwn ku menamatkan pemerhatian aku kat situ..lwn2 ku yg berjanji pada mggu lepas lagi tidak bejaya menghadirkan diri..mungkin mereka lupa..melayu mudah lupa(x semua)..x sesuai..melayu mudah berubah..apa2 pun..semangat aku utk main futsal lepas ni makin membuak2..x pasti kenapa..save the futsal player,save the world..

.......................................

actually posting ni pernah aku post dekat 'somewhere'....dah lama berlaku..tujuan aku hanya untuk menunjukkan  persoalan yg wujud dlm pemikiran aku mengenai pemakaian perempuan2 sekarang..

p/s: pakai la apa pun..mati sok..sama2 pakai kain kapan...

Tuesday, October 7, 2008

Bangga diri

Kepulan demi kepulan asap aku lepaskan..bara rokok di tgn hampir kepenghujungnya. rasanya lebih kurang sejam aku menanti rakan aku di kedai mamak yang kami janjikan semalam. 

 "mana la mamat ni..janji pukul 9.00.." keluh ku..

 ........................................

Sedutan demi sedutan..hembusan demi hembusan aku lepaskan..suhu yang sebentar tadi sejuk mula panas..jam menunjukkan pukul 10.15 pagi...pelanggan2 sudah berkali2 keluar masuk..

"Mie!! Mie!!...sori la..aku lambat..jalan jem tadi..lama ko tunggu??" 

"x pe..aku pun baru sampai.." balas aku yg cuba bertindak cool..

Mamat melabuhkan punggung nya diatas kerusi bertentangan dgn aku..aku tgk gayanya seperti org kaya baru..tidak seperti apa yang aku lihat setahun yang lalu..actually mamat ni kawan lama aku masa belajar dulu..kerja pun tempat yg sama..dan setahun yang lepas dia dapat tawaran kerja baru..sejak dari itu la kami sudah tidak berjumpa..

"wah..dah berubah ko sekarang mat..makin bergaya aku tgk" ujarku..

"erm..biasalah hidup kat kl..mesti kene berubah mie..engkau je yg aku tgk x ubah2..masih seperti dulu.." balas mamat..

Baru setahun kami x jumpa..mamat berubah segala2nya..gaya percakapan..gaya pemakaian..gaya dia gelak ketawa..seakan2 dua org yg berbeza..aku nyalakan rokokku yg ke 3 utk hari ini..sambil menyedut aku memerhati org2 disekeliling aku..

"erm..ko tahu ofis aku sekarang ni mmg maju habis..byk projek mega dapat..x mcm ofis kita dulu.ko tahu, aku sekarang lebih kaya dari senior kita yg dulu tu..hahaha" kata mamat..

Aku hanya membalas dgn senyuman..sedikit pun aku x menyangka yg  si mamat ni berubah sebegini rupa..bangga pada diri.. dia lupa siapa yang banyak membantu dia suatu ketika dulu kalau bukan senior kami..owh duniaaa...

"mana kau tinggal sekarang??" tanya aku kpd mamat...

"aku tinggal dekat bukit antarabangsa...apartment..mana main rumah2 sewa mcm kita dulu..duk kl beb..selera kene tinggi..haha" jawap mamat yang seakan2 dirasuk setan bangga..

Dia juga lupa dimana suatu ketika dulu pernah merayu kat aku untuk menumpang sekali rumah sewa aku dan rakan2 yang lain..dia lupa kenangan kami terpaksa makan megi selama seminggu di awal era pekerjaan kami..dia lupa bagaimana payahnya untuk mencari kerja waktu itu..dia lupa asal dia..sekarang tiba masa dia senang segala2 nya berubah.. kenapa berubah?? kerana ingin menjaga imej..nama..dan kedudukan..duniaaa duniaa..

.........................................................

Ok..cukup la aku mengarut panjang2..sebenarnya tujuan aku cuma nak wujudkan satu keaadan dimana manusia menjadi bongkak sebelum aku menerangkan tentang tajuk aku kali ni..

(sambil hisap rokok aku teruskan bebelanku.....)

Dulu aku pernah bercerita mengenai keyakinan diri yg menimbulkan buruk sangka dan fitnah.. kini keyakinan diri yg ingin aku cerita kan ialah dimana ianya boleh menimbulkan perasaan bongkak dan sombong..

Wahai Kalian,

Yakin pada diri itu penting..perlu ada pada setiap manusia..tetapi terlalu yakin sehingga membuatkan kita lupa diri adalah suatu sifat yang salah..sangat bangga dan yakin dimana dia lah orang yang paling bagus paling sempurna diantara orang2 lain lantaran tidak mahu mendgr apa2 pendapat atau nasihat.mereka yang hidup semata kerana dunia mempunyai peluang yg besar diserang penyakit i'jaab bian nafs atau dikenali sebagai penyakit bangga terhadap diri sendiri.

Kita semua manusia.makhluk ciptaan Allah S.W.T. semua serupa.cuma yang membezakan kita tempat kita berdiri.jalan yang kita pilih..tapi itu bukan bermakna ianya akan dihisab semasa kita mati nnt kerana setelah kita semua meninggal, kita semua tetap akan dipanggil sebagai mayat. tidak pula dipanggil ketua, pengurus, kerani,dato' atau apa2 pangkat.ketika itu yang akan dihisab adalah amalan kita.   

Syaikhul islam Ibnu taimiyah pernah berkata orang yang melakukan Riya' pada hakikat-nya telah melanggar firman ALLAH iyyaka na'budu(hanya kepadamu kami menyembah)sedangkan orang yang bersikap ujub(bangga kepada diri sendiri)pada hakikatnya telah melanggar firman ALLAH SWT(hanya kepadamu kami memohon pertolongan).barang siapa yang melaksanakan firman ALLAH SWT maka ia keluar dari sikap riya' dan barang siapa yang melaksanakan perintah ALLAH maka ia telah keluar dari sikap ujub.

Elakkan diri kita daripada dihasut setan bangga ..mcm mana rupa setan bangga?? mcm mamat tadi la kot..so marilah kita sama2 tafsir..

p/s: aku bangga dapat keluarkan entry mcm ni..