Tuesday, October 7, 2008

Bangga diri

Kepulan demi kepulan asap aku lepaskan..bara rokok di tgn hampir kepenghujungnya. rasanya lebih kurang sejam aku menanti rakan aku di kedai mamak yang kami janjikan semalam. 

 "mana la mamat ni..janji pukul 9.00.." keluh ku..

 ........................................

Sedutan demi sedutan..hembusan demi hembusan aku lepaskan..suhu yang sebentar tadi sejuk mula panas..jam menunjukkan pukul 10.15 pagi...pelanggan2 sudah berkali2 keluar masuk..

"Mie!! Mie!!...sori la..aku lambat..jalan jem tadi..lama ko tunggu??" 

"x pe..aku pun baru sampai.." balas aku yg cuba bertindak cool..

Mamat melabuhkan punggung nya diatas kerusi bertentangan dgn aku..aku tgk gayanya seperti org kaya baru..tidak seperti apa yang aku lihat setahun yang lalu..actually mamat ni kawan lama aku masa belajar dulu..kerja pun tempat yg sama..dan setahun yang lepas dia dapat tawaran kerja baru..sejak dari itu la kami sudah tidak berjumpa..

"wah..dah berubah ko sekarang mat..makin bergaya aku tgk" ujarku..

"erm..biasalah hidup kat kl..mesti kene berubah mie..engkau je yg aku tgk x ubah2..masih seperti dulu.." balas mamat..

Baru setahun kami x jumpa..mamat berubah segala2nya..gaya percakapan..gaya pemakaian..gaya dia gelak ketawa..seakan2 dua org yg berbeza..aku nyalakan rokokku yg ke 3 utk hari ini..sambil menyedut aku memerhati org2 disekeliling aku..

"erm..ko tahu ofis aku sekarang ni mmg maju habis..byk projek mega dapat..x mcm ofis kita dulu.ko tahu, aku sekarang lebih kaya dari senior kita yg dulu tu..hahaha" kata mamat..

Aku hanya membalas dgn senyuman..sedikit pun aku x menyangka yg  si mamat ni berubah sebegini rupa..bangga pada diri.. dia lupa siapa yang banyak membantu dia suatu ketika dulu kalau bukan senior kami..owh duniaaa...

"mana kau tinggal sekarang??" tanya aku kpd mamat...

"aku tinggal dekat bukit antarabangsa...apartment..mana main rumah2 sewa mcm kita dulu..duk kl beb..selera kene tinggi..haha" jawap mamat yang seakan2 dirasuk setan bangga..

Dia juga lupa dimana suatu ketika dulu pernah merayu kat aku untuk menumpang sekali rumah sewa aku dan rakan2 yang lain..dia lupa kenangan kami terpaksa makan megi selama seminggu di awal era pekerjaan kami..dia lupa bagaimana payahnya untuk mencari kerja waktu itu..dia lupa asal dia..sekarang tiba masa dia senang segala2 nya berubah.. kenapa berubah?? kerana ingin menjaga imej..nama..dan kedudukan..duniaaa duniaa..

.........................................................

Ok..cukup la aku mengarut panjang2..sebenarnya tujuan aku cuma nak wujudkan satu keaadan dimana manusia menjadi bongkak sebelum aku menerangkan tentang tajuk aku kali ni..

(sambil hisap rokok aku teruskan bebelanku.....)

Dulu aku pernah bercerita mengenai keyakinan diri yg menimbulkan buruk sangka dan fitnah.. kini keyakinan diri yg ingin aku cerita kan ialah dimana ianya boleh menimbulkan perasaan bongkak dan sombong..

Wahai Kalian,

Yakin pada diri itu penting..perlu ada pada setiap manusia..tetapi terlalu yakin sehingga membuatkan kita lupa diri adalah suatu sifat yang salah..sangat bangga dan yakin dimana dia lah orang yang paling bagus paling sempurna diantara orang2 lain lantaran tidak mahu mendgr apa2 pendapat atau nasihat.mereka yang hidup semata kerana dunia mempunyai peluang yg besar diserang penyakit i'jaab bian nafs atau dikenali sebagai penyakit bangga terhadap diri sendiri.

Kita semua manusia.makhluk ciptaan Allah S.W.T. semua serupa.cuma yang membezakan kita tempat kita berdiri.jalan yang kita pilih..tapi itu bukan bermakna ianya akan dihisab semasa kita mati nnt kerana setelah kita semua meninggal, kita semua tetap akan dipanggil sebagai mayat. tidak pula dipanggil ketua, pengurus, kerani,dato' atau apa2 pangkat.ketika itu yang akan dihisab adalah amalan kita.   

Syaikhul islam Ibnu taimiyah pernah berkata orang yang melakukan Riya' pada hakikat-nya telah melanggar firman ALLAH iyyaka na'budu(hanya kepadamu kami menyembah)sedangkan orang yang bersikap ujub(bangga kepada diri sendiri)pada hakikatnya telah melanggar firman ALLAH SWT(hanya kepadamu kami memohon pertolongan).barang siapa yang melaksanakan firman ALLAH SWT maka ia keluar dari sikap riya' dan barang siapa yang melaksanakan perintah ALLAH maka ia telah keluar dari sikap ujub.

Elakkan diri kita daripada dihasut setan bangga ..mcm mana rupa setan bangga?? mcm mamat tadi la kot..so marilah kita sama2 tafsir..

p/s: aku bangga dapat keluarkan entry mcm ni..

3 comments:

CottonBud said...

ye ko mmg patut berbangga ah ngau kerana entries ko mmg menarik... tapi jgn ko bongkak lak ye.

Heal me said...

saya malu utk berbangga diri yg melampau...

cinta said...

sybas baiya, SYABAS!!!