Saturday, August 16, 2008

Berfikir

Duduk sebentar,befikir sejenak..sering kali aku mendengar ayat sebegitu..sebelum ini aku pernah bercerita mengenai kepentingan hati..hari ini aku ingin bercerita mengenai kepentingan akal iaitu cara kita berfikir..


Hari ini kita telah berjaya menunaikan solat 5 waktu dgn tepat..tanpa melakukan solat qada’ utk hari yg sama..tapi pernah tak korang terfikir..adakah solat kita tu diterima Allah S.W.T? adakah kusyuk bacaan kita dalam solat tadi?? (sila ambil berat dlm hal ini) ..

Jika korang yakin tentang solat korang..Alhamdulillah..itu tandanya korang dah lama fikir pasal hal ini..tapi jika masih was2…sila tafsir sendiri..

Kadang2 kita manusia bertindak mengikut perasaan atau pendapat orang lain.orang mcm ni selalunya berfikir secara emosional bukan nya rasional..dan keputusan yang terhasil selalunya menemui kegagalan..owh doniaaa…


“ahh,aku tak peduli..hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa” kata abu dalam cerekarama tahun lepas…


Nak tahu tak apa jadi kat abu pada penghujung cerita tu..dia ditangkap polis dan dijatuhkan hukuman mati pasal dia kutip hutang nyawa dekat musuhnya..gila gua cakap sama lu..

Sila jangan jadi seperti manusia tanpa Tuhan..Bertindak seakan2 tiada tempat untuk dia meminta petunjuk dan pertolongan..


“aduh!! Sakit perut aku ni. Ni mesti makanan kat kedai makcik timah tadi” kata abu kepada dirinya sendiri


Abu ni spesis manusia paling laju dalam dunia..dia membuat keputusan dalam masa 5 saat sahaja serta merta mengatasi rekod usain bolt (pemegang rekod dunia dalam acara lumba lari).Aku faham,orang dalam kesakitan ni mana ada masa nak berfikir ye tak??Tapi kesian la kat makcik timah tu.Boleh menimbulkan fitnah.Korang bukan sahaja dapat sakit..tapi dapat dosa fitnah lagi..kira pakej la..huhu

‘Berfikirlah sebelum kejayaan jgn berfikir selepas kegagalan..’

Pernah dengar 6 persoalan hidup yang disebutkan oleh Imam Al Ghozali?? Kalau korang pernah dengar pun aku nak kasi tahu jugak..pasal ini blog aku…so aku mempunyai hak 100 % utk melakukan apa yang aku suka..tapi jangan ingat aku bertindak tanpa berfikir…

Ok berbalik kepada Imam Al Ghozali tadi..6 soalan yg membuatkan aku berfikir secara pening mengenai jawapannya adalah:

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Keempat, "Apa yang paling berat di dunia ini?"

Kelima, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Keenam "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".


So..dah dapat jawapan dia..?? aku tahu ramai yang tahu jawapan kepada soalan2 ni..kepada yg tak tahu tu..SILA FIKIR SENDIRI…

Bukan aku sengaja mahu menyusahkan korang untuk mencari jawapan tu sendiri..tapi setelah aku berfikir..banyak space aku kena pakai jika aku paste jawapan tu..nanti letih tangan aku nak scrool down..dah la otak letih berfikir..minta maaflah kepada kalian..

Cukuplah sampai sini je aku nak ulas..pasal aku tak boleh berfikir dah..otak aku jadi beku..mungkin sebab aku terlalu memikirkan apa yg ayah ibu aku buat kat kampong sekarang ni..fikir pasal jiran2 aku..pasal kwn2 aku..lagi pun kalau banyak sangat aku tulis karang, korang fikir yang aku ni sentiasa free macam dah tak ada kerja lain lagi boleh buat..so,korang2 pun rajin2 la berfikir dan menafsir..'biar buang masa berfikir..jgn buang masa menangis'.

Salam~

p/s: Mlm tadi game liverpool..yg ni selalunya buatkan aku berfikir secara emosional..hello,ngan sunderland pun susah nak makan..??

No comments: