Friday, August 15, 2008

Mix of life

Watak2 utama

Aku - sebagai org yg perasaan pandai dan beriman…

Korang - org yg rugi...x de kene mengena dgn sesiapa didlm ni

Dia - erm..aku x pasti ada x watak dia..

Watak2 sampingan

Sang pujangga- aku terjumpa secara tidak sengaja dlm laman web,so aku kopipes ayat madah dia utk aku buat kesimpulan

Pembunuh,jackie chan,lembu,kambing,kerbau - yg ni utk cth..langsung tiada kene mengena..

Cikgu – sebagai tanda penghargaan aku kepada guru..

Lain2 - pandai2 la korang cari sendiri

Nota:Tajuk entry tidak merujuk kepada mana2 album atau mana2 artis dalam mahupun luar negara

Aku suka membaca tulisan mereka yg mementingkan susunan ayat yg baik dan cantik..aku tak pernah mengharapkan sesuatu cerita tu panjang atau pendek.asalkan signifikan..kene dgn logic akal dan jiwa remaja aku..kebanyakkan penulis yg baik lebih mementingkan sesuatu yang akan terus memberi manfaat walaupun yang tinggal hanyalah cerita dan watak semata2..tapi layakkah seseorg memberi nasihat kepada org lain??


Bak kata seorg pujangga “jgn memberi sesuatu nasihat yg kita sendiri tidak ikut”

Tapi aku x peduli pun..aku ni manusia..dia tu pulak pujangga(manusia jugak)..so..apa masalahnya..“Ini bukan topic ‘self reflection’ nak suruh aku cermin2 kan diri..sebab korang punya akal pun dah capai tahap matang..” kata aku berseloroh..(jgn bergurau dgn pujangga..ilmu dia tinggi)


Ok aku bagi cth secara ringkas apa yg aku nak sampaikan…,

Sedang korang mkn roti canai kat kedai mamak sambil pekena teh tarik cap masjid, dtg seorg pembunuh upahan menasihati korang ..

“korang jgn la terfikir nak bunuh org..x baik berdosa”..

kat sini la hati dan akal memainkan peranan..adakah korang akan jawap

“eleh nak nasihat org konon...engkau tu sendiri penjenayah..cermin diri sikit”

Lalu lepas selesai menghabiskan roti canai dan teh tarik tadi korang pun pergi membunuh org sesuka hati disebabkan korang tidak mahu mengikut nasihat penjenyah tadi atas kata2 seorg pujangga yg aku sebutkan tu..so korang pandai2 la tafsir.. (sila jgn bergurau dgn aku)

paham x?? tlg jgn jadi slow…

Maksud aku x kisah la siapa dia..asalkan kita sendiri rasa nasihat dia boleh diguna pakai..kita ikut..sebab tu aku kata kita dah matang..pandai la fikir sendiri…


p/s: aku x suka mkn nasihat..tapi suka suap org nasihat..sebab benda tu boleh buatkan aku rasa aku hebat.,,aku dan pujangga yg dimaksudkan tidak mempunyai apa2 hubungan..

………………………………………………………………………

Kadangkala aku terfikir,kenapa jika sesuatu cerita tu serius..start dari A sampai Z asyik serius memanjang..x de pun unsur2 yg nak bagi aku gelak..sebenarnya utk melonggarkan ketegangan perasaan , unsur lucu kadangkala sesuai bagi sebahagian jiwa kita..


Aku bagi cth mcm cerita Jackie chan ,cerita dia serius apa..ada bunuh2..tembak2..langgar makcik jual oren,lembu,kerbau ,letup2 rumah dan sebagainya..tapi dia selitkan jugak bahan lawak dlm filem dia..tujuan dia x nak bagi mental kita ni tumpu pada satu tmpat..terlalu serius, takut nanti bila keluar panggung semua muka ketat ..ramai yg marah apabila sedang serius kita membalas dgn cara melawak( x boleh bergurau sila lepak surau…) but it is more of ourself thinking aloud…jgn hirau kan pendapat org lain (yg positif utk diri ,kita ambil).. just think if we can do something that mixes about life , soul or jokes together.. it would be interesting story..hurm

p/s: aku jarang tgk wayang..pasal aku selalu tido..

............................................................

Dan artikel yg paling aku suka baca adalah artikel mengenai politik,, pasal lawak dia taraf majalah ujang tahun 90 an, aku gelak pasal aku tgk sorang2 dok meroyan dgn perbahasan masing2, satu2 nya kejadian yg menunjukkan kebodohan manusia..bukannya kebodohan cara penulisan artikel tersebut(sebab aku tahu,bukan korang yg karang pun,just copy and paste) ,tetapi kebodohan si penyampai dan si pembalas.. sorang2 nak tunjuk hebat pasal parti masing2..semua menyelesaikan masalah ikut fahaman sendiri seolah2 Al Quran dan sunnah tidak wujud..so paling penting jgn kita pisahkan agama dgn politik. Korang bahas berlandaskan agama islam,tu dah kira sangat OK.

Jgn jadi hamba politik,

Tiada negara yg tiada senjata..tetapi punca kejatuhan sesebuah negara bermula perpecahan rakyatnya..peperangan kadangkala bermula dr konflik dalaman negara itu sendiri..org kafir dan yahudi sentiasa menunggu peluang utk jolok kita..peperangan antara sesama umat menunjukkan kejatuhan islam tak lama lagi..so apa tindakkan kita?? Dah kene serang dgn org kafir laknat nnt baru kita berpelukan sesama umat yg sebelum ni kita hina dan maki kerana berlainan parti politik?? Kesilapan bermula dari kita..dan ujian tersebut dtgnya daripada Allah S.W.T..pernah x korang terfikir kenapa..Allah sengaja mewujudkan kesilapan2 dlm kehidupan seharian kita??

Jawapan ni hanya utk mereka yg pernah tertanya2 persoalan yg aku nyatakan sebentar tadi..mereka yg sebaliknya sila abaikan jwpn kat bawah ni….

Jwpn dia senang..

Korang pernah dgr x cikgu2 atau mak ayah korang atau kwn2 atau jiran2, awek2 atau bf2 korang ckp kat diri korang ,

“belajar melalui kesilapan”..


Haa..itu la tujuannya..nak korang belajar dari kesilapan..sebab ujian dr Allah S.W.T ni kita x kan tahu berapa kali kita kene hadapi..so..kita dah silap sekali.ujian yg seterusnya kita akan dpt hadapi dgn cara yg lebih berakal..

Kalau org tanya aku ni parti mana?? Aku akan jawap “entah”…dan jika timbul pertanyaan yg kedua dari org yg sama ,aku akan jwp “x pasti” dan jika diaju soklan utk kali yg ke tiganya ,aku jawap dgn kaki aku yg bersaiz 'eur 41'..itu la pengajaran yg dia dpt..jgn tanya soalan yg sama kat aku..jgn la korang berharap yg malaikat munkar dan nakir akan tanya pasal politik dlm kubur nnt..kerana Allah tu maha adil. adil bagi org mcm aku yg tidak menggemari politik… but the end of the world as we know, kita semua akan mempunyai alamat tetap yg kekal abadi iaitu syurga atau neraka..pilihan terletak di tgn anda…erm..bukan ditgn tapi dihati..

Aku respect korang kalau korang ckp itu merupakan 1 dakwah..ye la..dah korang ckp dakwah, aku x boleh nak kutuk..dosa woo kutuk org berdakwah..kutuk org meroyan x pe..tapi tlg jgn kutuk ulamak meroyan..ulamak jadi meroyan sebab umat islam dah tunggang terbalik..tapi kalau korang ikut dakwah mcm nabi lagi bagus..sebab Allah dah janjikan 3 perkara yg pasti iaitu iman korang akan bertambah, hidayat yg korang sampaikan luas tersebar tanpa sangkaan buruk,korang juga terlepas dari tuntutan ummat di akhirat kelak..

Dan secara x langsung korang juga dpt memperbaiki pertuturan korang supaya lebih lembut,teratur tidak mudah pusing2 sesuatu fatwa(yg ni bahaya), grammar x berterabur,spelling pun ok(yg ni kene study kat british council)

Tapi aku x suruh pakcik2 atau makcik2 berhenti berpolitik cuma tunjukkan sikit yg kita ni dah dewasa..malu woo kalau anak2 kita yg masih togel kemaluan tanpa sebarang bulu tau yg mak ayah kesayangan mereka mecarut2 memaki hamun sesama umat.. lagi 1 politik2 jugak, jgn solat 5minit, 5 waktu sehari semlm dan seumur hidup korang lupa…masa solat tu doa2 la agar dosa celuparnya mulut musuh korang dlm dunia politik di hapuskan….byk pahalanya..

Org kata “Hanya sepatah perkataan atau sepotong ayat sahaja dah boleh menyelesaikan sesuatu masalah..” yg ni aku panggil NASIHAT

Tapi jgn kita lupa

“Hanya sepatah perkataan atau sepotong ayat jugalah yang boleh menimbulkan sesuatu masalah ..” dan yg ni aku panggil MUSIBAT

Kita sebagai pembaca yg dah matang akhir zaman ni patut faham bahan mana yg perlu kita sebarkan atau tidak..sebab benda2 mcm ni dpt menunjukkan bodohkah kita, bengapkah kita, mangkukkah kita..Orang bijak pandai sentiasa cool bila dikatakan bodo,lembab atau mangkuk bagai.So plz jgn jadi lembap, bodo dan magkuk, tlg tafsir dan faham sendiri..

p/s: Dulu aku marah bila cikgu aku mengajar dgn pantas..kali ni aku marah bila aku mengajar org slow..maaf cikgu..

................................................................

Mcm mana pula dgn penulisan yg lembut..apa pendapat korang?? Kalau korang tanya aku sudah tentu aku gemar..rasa seakan2 dibelai tengkuk ku ketika membaca..(bukan artikel jiwang maksud aku dan bukannya penulisan drpd seorg maknyah)…tapi artikel yg mempunyai ayat yg sopan..ayat yg kadang2 memerlukan kita berfikir berkali2 baru kita dpt faham maksud yg mahu disampaikan..atau dgn kata ringkasnya ‘bermadah’ (sekali lagi aku igtkan .bukan artikel jiwang yg aku maksudkan)..

Mungkin sebab aku ni berjiwa sentimental (bak kata ex kekasih gelapku) ..aku selalu anggap peribadi si penulis seorg yg matang,berbudi bahasa, tatabahasa yg disusun cantik dan rapi..ini hanya lah anggapan aku..dont judged a book by its cover..Ekceli penulisan mcm ni sgt sesuai untuk kita punya mental…Tak perlu kita nak beli haruman2 yg mahal just utk kita punya mental theraphy..org kata bacaan merupakan hiburan minda yg paling murah ..aku x setuju pun..zikrullah lagi murah..free je..x perlu keluarkan wang..hanya perlukan keihlasan dan keinsafan..sori,aku mmg jenis yg suka pusing cerita..

Bercerita pasal murah dan free ni..korang pernah terfikir x…org yg hidup dia cari duit je dlm kepala lutut dia merupakan org yg paling rugi..hari ni bgn pergi kerja..pukul 1.00 lunch masuk balik pukul 2.00..then sambung buat kerja..ot sampai pukul 10.00 mlm..balik rumah letih terus tido..esok sambung balik rutin dia seperti smlm..ermm..

sebab apa aku kata rugi..sebab:

  • Dia telah rugi dgn tubuh dia.tiada masa nak rehat..tiada masa nak bersenam atau beriadah..
  • Dia telah rugi dgn kwn dia..kwn dtg rumah nak sembang atau ziarah,dia masih kat opis kerja..kwn ajak pergi menghadiri majlis2 agama..dia kat opis kerja..kwn ajak ngintai anak dara org ,dia kat opis kerja..(rugiiii)
  • Dia rugi dgn family dia..bgn pagi,bini n anak2 x bgn lagi dia dah pergi kerja..balik rumah lewat2 mlm,bini dan anak2 dah tido,dia pun terus bantai tido..bukan nak tgk wajah anak2 atau bini yg jarang2 sekali dia dpt tgk..erm..time nak berjimak pandai pulak balik awal..
  • Ini yg paling rugi..dia rugi dgn Allah S.W.T..hanya perlukan 5 minit utk bertemu Allah..hanya 5 kali sehari ..Allah x minta bayaran..Allah x minta 2-3 jam...bukan mcm kita pergi opis..kol 8 dah kene punch card..tapi Allah bagi kita tempoh yg panjang utk kita ‘punch card’ asalkan jgn terlebih waktu yg ditetapkan..

belajar tinggi2..rupanya bodo dlm bab rohani dan jasmani..patut la org kata walaupun ada phd belum tentu akal kematangan kita setinggi menara gading..phd bukan sekeping sijil semata2( ayat siapa ntah)…

"Katakanlah wahai Muhammad, mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi, serugi-ruginya amal perbuatannya?, iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

(Surah Al-Kahfi : 103-104)

sekali lagi aku malas nak cerita panjang2..korang pandai2 la fikir sendiri..

p/s: tiket utk masuk syurga lagi murah dr tiket masuk neraka betul??so x perlu pening2 cari duit..

........................................................

Ingin aku tekankan kat sini..cerita aku ni aku x tujukan kat sapa2 pun..maksud aku,aku x tujukan secara langsung atau direct kat mana2 individu..perkataan ‘korang’ tu sendiri tidak merujuk pada mana2 individu ,pertubuhan,kumpulan,perwakilan atau mana2 parti dlm dunia ni..hanya utk menjadikan cerita aku suspend semata2..

Aku bukan la seorg ulamak atau penulis level professional..so sebarang percanggahan isi minta diperbetulkan atau sendiri rujuk kitab atau ulamak..si penulis juga merupakan manusia biasa..mkn menggunakan mulut dan buang air besar melalui dubur..juga leka dengan dunia hiburan..mungkin ini apa yg dikatakan bodoh berlagak pandai..prinsip aku senang jer..kalau dah baca dan rasa x suka sila mkn pil pelupa (ada ker) atau hantuk kepala kuat2 kat dinding..mudah2an segala apa yg korang baca akan dapat dilupakan serta merta..kalau bernasib baik mungkin korang gol terus..kurang skit dosa masa depan..tapi rugi tang pahala pulak..tapi jgn risau korang x kan masuk dlm golongan mayat yg membunuh diri...pasal niat korang hanya utk lupakan ingatan.(aku melawak jer..korang sendiri tafsir)..

Maafkan aku jika penulisan aku kurang cermat dan hemah..aku suka membaca ayat2 yg lembut dan sopan..tapi aku x suka menulis sedemikian..

p/s:aku mmg perasan bagus

1 comment:

xxx said...

Kalau org pula tanya saya sokong parti mana, saya cakap, "PAS, BN... mana-manalah, asalkan pemimpin itu menepati ciri-ciri pemimpin."

:O