Friday, August 15, 2008

Keyakinan diri..

Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya..


.........................................................

Aku melihat ahmad mkn nasik lemak pada waktu rehat di bulan ramadhan..so,aku yakin yg ahmad tidak berpuasa pada hari tu..

Paham x apa yg aku nak sampaikan?? X paham?? Ok aku tambah lagi..

Aku yakin yg ahmad sengaja ponteng puasa pada waktu tu.. “neraka jahanam la tempat kau” kataku dlm hati.. tiba2 seorg kwn menegur aku “awak x baik bersangka buruk dekat org lain..ahmad tu sakit..” sapa pakcik guard tanpa memberi salam terlebih dahulu

Aku tersentak…aku igtkan aku ckp dlm hati tadi..rupanya ikut mulut ..

Kejadian kat atas hanya lah cth utk bg korang faham entry aku kali ni..sepatutnya aku letak tajuk bersangka buruk atau salah sangka…tapi bunyi mcm kasar sgt..maklum la..aku ni jenis lelaki yg sopan..so aku pilih tajuk keyakinan diri..

p/s: jgn sangka ahmad makan dikhalayak ramai ok..dia mkn dlm stor..aku masuk stor pasal nak tido..jangan sangka aku nak ponteng puasa pulak..

……………………………………………………..

Sebelum korang bersangka buruk terhadap entry aku kali ni..lebih baik aku direct to the point terus..

Kita hanyalah manusia biasa..yg membezakan kita hati dan perasaan..setiap apa yg org lain lakukan pasti akan terbitnya sangkaan dlm diri kita..sama ada sangkaan kita baik atau buruk..tapi jika betul sangkaan kita maka betul la seluruhnya..dan jika salah ,tanggung la akibatnya..

korang tahu mana asalnya sangkaan ni..??

Asalnya dari zaman jahiliah lagi..kalau x silap 1400 tahun yg lalu..sila rujuk ulamak,zaman sebelum tibanya islam..orang arab yang menyangka berhala bernyawa dan menjadikannya tuhan mereka (agama wathani) ..tu belum lagi agama animisme dan samawi..sebab itu Allah utuskan nabi dikalangan umatnya utk membetulkan sangkaan2 tersebut..dari situ timbul pula sangkaan yg baik dan buruk..ada yg menerima islam tidak kurang juga yg menentang..

Kita pun selalu menyangka sesuatu yg kita yakin betul..bukan aku nak suruh korang x yakin pada diri..tapi kene la bertempat..yakin2 sgt silap2 fitnah pun korang percaya..naya..sebab tu aku lihat kalau dah start salah sangka..start la fitnah 5 minit lepas tu kalau org yg salah sangka merupakan salah sorang ahli umpatan sedunia..manusia sukar untuk menjaga hati dan lidah masing2 lah yg merupakan punca manusia sekarang mempunyai sangkaan(buruk) yang berbeza dlm segala aspek..

……………………………………………

“kau masuk tandas perempuan??” tanya aku kepada ahmad

“Aku ingat tandas lelaki pasai lantai dia kaler biru..selalunya kalau perempuan mesti kaler pink” jelas ahmad

Kesian ahmad..sebab salah sangka kat warna lantai..abis dia dicop sebagai lelaki giler seks oleh pengunjung2 tandas wanita tersebut..benda yg kecil kalau disalah sangka x mustahil akan menjadi masalah besar..korang bayangkan kalau salah sangka yg besar…

Jgn sangka negara yg besar mempunyai kekuatan yg cukup utk berperang..

Jgn sangka ekonomi meningkat menjanjikan kesenangan hidup rakyat…

Jgn sangka negara mundur tidak mempunyai tempat didlm peta dunia..

Jgn sangka ahmad x puasa sebab dia sengaja..dia gastric la..ada surat doktor lagi..

Aku x nak cerita panjang2 lagi..takut korang sangka aku ni perasaan bagus.Cuma aku nak igtkan..Seorang pujangga ada berkata:

"Yamutul fata min atsratin bilisanihi, walaisa yamutul mar'u min ats ratirrijli." (Yang bermaksud): "Seorang akan mati kerana tergelincir lidahnya dan tidak ada orang mati kerana tergelincirnya kaki."

dan kata pujangga juga berbunyi: "Laa tanthiqanna bimaa karihta fatubbamaa nathaqallisaanu bihaaditsin fayakuun." (Yang bermaksud): "Jangan mengucapkan apa yang tidak engkau suka sebab kemungkinan lidah itu mengucapkan sesuatu maka terjadi apa yang dikatakan itu."

Sekian,

~salam

No comments: