Friday, August 15, 2008

Dunia dlm tgn, Islam dalam hati..

Pernah x korang tertanya-tanya kenapa perlu dlm hati..bukannya akal atau jasad..(boringnya aku nak terangkan)…

diantara hati,akal dan jasad mmg mempunyai kaitan antara 1 sama lain…

Cth yg paling senang , korang pernah tgk sebuah kereta?? Korang andaikan yg pemandu sebagai hati..padle minyak yg korang tekan tu korang anggap sebagai akal..dan enjin yg bergerak korang anggapnya sebagai jasad..bermula dari mana enjin itu bergerak..?? drpd pemandu yg korang anggap sebagai hati tadi bukan??

Korang tafsir sendiri…

So,diantara ketiga2 benda ni..kenapa hati yg paling penting??

Sebab,semua perbuatan kita berakhir dr gerakkan fizikal kita iaitu jasad yg dikontrol oleh akal..dan akal tersebut telah dijaga oleh hati …hati yg memulakan segala perbuatan kita sama ada dgn tujuan iman atau kejahilan..

Ahh aku tahu korang x faham dgn statement aku,So aku bagi statement yg paling mudah

"Hidayah itu tidak akan datang kepada sesiapa yang tidak membukakan tingkap hatinya"…so dah faham pentingnya hati??

X faham lagi..??

Ermm..ok biarlah aku cerita kat korang seperti cikgu sekolah ku bercerita mengenai nabi Muhammad S.A.W dulu..

Kejadian Isra' (perjalanan dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis) dan Mikraj (perjalanan dari alam bumi ke alam langit hingga ke Sidratul Muntaha) ini berlaku pd mlm 27 Rejab sethn seblm hijrah…ketika itu Nabi sedang baring2 bersama Saidina Hamzah dn Saidina Ja'afar di Hijr Ismail di Masjidil Haram..tiba2 dtg malaikat Jibril dan Mikail mengangkat Nabi ke telaga Zamzam..di sana Nabi ditelentangkan dan berlakulah pembedahan di mana dada Nabi dibedah untuk dikeluarkan hatinya. Hati nabi dicuci dengan air zamzam.kemudian dimasukkan semula bersama unsur ruhani iman dan hikmat…setelah itu dadanya dijahit dan dipatrikan dengan khatimin nubuwwah…(Kejadian ini menjelaskan kepada kita bahawa peringkat pertama untuk berjalan menuju Allah ialah pembersihan diri dari segi jasmani dan rohani).

Tu serba sedikit cerita tentang isra’ mikraj…aku amik point yg ada kene mengena dgn cerita aku kali ni..so korang sendiri tafsir sekali lagi…nak tahu sambungan cari sendiri kisahnya..

P/s; aku siap bold utk korang..cikgu aku pun x buat mcm tu dulu..huh

………………………………………………………………………………….

So sekali lagi aku nak terangkan,hati yg bersih akan menatijahkan akal yg baik,dan akal yg baik akan menggerakkan jasad ke arah kebaikkan..hati juga boleh mencerminkan wajah kita..

Pernah tgk perbezaan org pergi clubbing dgn org pergi masjid menunaikan solat jemaah…??

Nmpak x perbezaan wajah mereka..betapa hensemnya tok imam berbanding mamat shuffle bukan??

Pernah nmpak wajah ikhlas org pergi masjid dgn wajah yg tidak ikhlas ke masjid??

Selalunya yg ikhlas kita nmpak, hari2 dia ke masjid..dan yg x ikhlas tu kita nmpak,hanya mlm jumaat je muka dia ada kat masjid..sebab lepas baca yassin ada sikit jamuan…

So apa kata hati korang??

p/s: kalau hati korang tak kata apa-apa,bermakna korang sudah berada didalam liang lahad..

No comments: