Monday, August 18, 2008

Anak Durhaka

Hari ni aku berada dalam keadaan yang kurang sihat. Selesema yang kian memerintah seluruh batang hidungku, owh aku sudah tidak dapat mengawal pengaliran ****** ku lagi. Kari yang rasa seakan-akan air kopi tanpa gula, tawa ya amat.Tuala kecil yang sentiasa disisi menjadi peneman aku sejak 2-3 hari ni. Tandas juga terpaksa menerima kunjungan kerapku.

Cuaca hari ini menunjukan yang hujan akan turun sebentar lagi. Aduh, dalam keadaan macam ini pasti akan memburukan kesihatan aku. Dengan suasana ofis ku yang agak lengang sepatutnya aku ingin mengarang sebuah cerita mengenai 'tangisan' untuk tatapan korang tapi aku tidak terdaya..maafkan aku kalian semua.Owh i'll be physically and mentally sick.

Tapi aku telah mengambil inisiatif lain iaitu dengan mengopy paste cerita dalam email yang aku dapat tahun lepas untuk menggantikan entry yang sepatutnya aku sendiri karang. Cerita ni mengenai anak yang durhaka kepada ibunya..Seakan2 cerita si tanggang tapi berlainan jantina. Cerita yang pendek tapi banyak pengajaran nya.So seperti biasa, korang sendiri tafsir..

............................................................

Cerita Kalimantan Barat

Di sebuah desa terpencil, tinggallah seorang gadis dan ibunya. Gadis itu cantik. Sayang, dia sangat malas. Ia sama sekali tak mau membantu ibunya mencari nafkah. Setiap hari gadis itu hanya berdandan. Setiap hari, ia mengagumi kecantikannya di cermin. Selain malas, gadis itu juga manja. Apa pun yang dimintanya, harus dikabulkan. Tentu saja keadaan ini membuat ibunya sangat sedih.

Suatu hari Ibunya meminta anak gadisnya menemaninya ke pasar. “Boleh saja, tapi aku tak mau berjalan bersama-sama dengan Ibu. Ibu harus berjalan di belakangku,” katanya. Walaupun sedih, ibunya mengiyakan. Maka berjalanlah mereka berdua menuruni bukit beriringan. Sang gadis berjalan di depan, sang ibu berjalan di belakang sambil membawa keranjang.

Walaupun mereka ibu dan anak, mereka kelihatan berbeda. Seolah-olah mereka bukan berasal dari keluarga yang sama. Bagaimana tidak? Anaknya yang cantik berpakaian sangat bagus.
Sedangkan ibunya kelihatan tua dan berpaka
ian sangat sederhana.

Di perjalanan, ada orang menyapa mereka. “Hai gadis cantik, apakah orang yang di belakangmu ibumu?” tanya orang itu. “Tentu saja bukan. Dia adalah pembantuku,” kata gadis itu. Betapa sedihnya ibunya mendengarnya. Tapi dia hanya diam. Hatinya menangis. Begitulah terus menerus. Setiap ada orang yang menyapa dan menanyakan siapa wanita tua yang bersamanya, si gadis selalu menjawab itu pembantunya.

Lama-lama sang ibu sakit hatinya. Ia pun berdoa . “Ya, Tuhan, hukumlah anak yang tak tahu berterima kasih ini,” katanya. Doa ibu itu pun didengarnya. Pelan-pelan, kaki gadis itu berubah menjadi batu. Perubahan itu terjadi dari kaki ke atas. “Ibu, ibu! Ampuni saya. Ampuni saya!” serunya panik. Gadis itu terus menangis dan menangis. Namun semuanya terlambat. Seluruh tubuhnya akhirnya menjadi batu. Walaupun begitu, orang masih bisa melihatnya menitikkan air mata. Karenanya batu itu diberi nama “Batu Menangis”

…………………………………………………………

Itu la kisah yang aku dapat dari email. Mari aku ulas sedikit.

Bagi korang,apa punca anak derhaka ni??

Ibu bapa??

Kawan2??

Jiran??

Gf/Bf??

Binatang peliharaan??

Atau Diri kita sendiri??

Hurm, Susah juga sebenarnya nak cerita apabila ianya berkaitan antara 1 sama lain. Tapi punca yang sebenar-benarnya adalah daripada diri kita sendiri..Sejak kita lahir kita sudah mengaku islam.So maknanya kita perlu hidup cara islam..Lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Dalam islam tidak menyuruh kita berbuat jahat kepada orang tua kita so whats a big deal??

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" Berbakti kepada kedua ibubapa adalah perkara yang dituntut dalam islam.

Now, personally, i think kita sendiri perlu berfikir apakah betul atau tidak apa yang kita buat?? Adakah ianya melanggar tututan Islam..?? Tahu tak dosa menderhaka kepada ibu bapa ni tergolong dalam 4 dosa besar?? Tahu apa jenis2 dosa besar??

Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, DERHAKA KEPADA IBUBAPA dan menjadi saksi palsu.


(sambil lap hingus,aku meneruskan ceritaku)

Korang pernah tak terbayangkan kesusahan ibu mengandung.Perut baru membesar sikit dia dah start muntah-muntah, kepala pening,tak boleh nak makan itu ini,badan letih,bau ketiak suami sikit nak muntah serta kesusahan bapa korang yang sentiasa berjaga siang dan malam untuk menjaga isteri yang sarat mengandung.Esok nak bangun pagi lagi,nak cari rezeki..untuk siapa?? Untuk isteri dan anak dalam perut tu la…Hello,itu baru korang dalam perut oke..belum aku cerita lagi masa nak lahirkan korang,nak sekolah kan korang,nak bagi makan minum..Perit bukan??

Aku belum rasa menjadi bapa(pasal aku tak kahwin lagi) tapi aku tahu bagaimana perasaan tu..

Sebab aku ada membela seekor ikan.wuuuu..bela ikan pun letih tau..nak cari duit untuk beli makanan ikan aku..nak kene sentiasa ingat bila aku perlu bagi makan..nak kene bersihkan tahi2 ikan aku..nak bersihkan akuarium aku lagi..5% hari aku hanya untuk ikan je..It makes me sick . Itu baru ikan..belum lagi kucing..kambing..lembu aku kat kampong tu..sian bapak aku..cuti ni saya balik tolong ye pak..

Nasib baik ikan aku jenis tak jaga malam minta makanan..pasal dia tak leh tido(ikan boleh tido ker??..tak tahulah aku)..sebelum aku melalut cerita pasal keistimewaan ikan aku, baik aku memblahkan diri dari blog aku ni..

(Owh aku bersin 2-3 kali)

Cuma aku nak ingatkan..syurga dibawah tapak kaki ibu..I'll miss the comfort of my mother.ibu tak minta kita wang tiap-tiap bulan,bapa tak minta kita belikan kereta atau rumah besar. mereka cuma mahukan kita berjaya dan tidak melupakan jasa mereka.kita sebagai anak-anak perlu pandai menggunakan akal bagaimana mahu melmbalas jasa baik ibubapa kita.Walaupun ibubapa tidak menunjukkan kesedihan atau kegembiraan yang mereka rasai.aku percaya kita semua mempunyai naluri seorang anak. I am willing to hold my hands up and say that you knows better than me.

Sebelum aku menamatkan sesi nasihat aku, aku ingin menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Anak derhaka..

Sallatullahi Sallamullah
Ala Taha Rasulillah
Sallatullahi Sallamullah
Ala Yassin Habibillah

Cukup azabnya ibu mengandung
Bulan berjalan hari dihitung
Ibu berserah rugi dan untung
Kepada Allah meminta tolong

Cukuplah bulan dengan harinya
Seorang putra dilahirnya
Bidan menyambut dengan lembutnya
Hampir si ibu hilang nyawanya

Setelah anak kian dewasa
Dididik dengan kasih sayangnya
Diberi ilmu secukupnya
Hingga si anak kepuncak jaya

Bila si anak sudah beristeri
Ibu dibuat sebagai abdi
Kain dan baju disuruh cuci
Makan dan minum disuruh saji

Ibu yang malang berduka cita
Duduk berendam si air mata
Akhirnya ibu menutup mata
Atas perbuatan anak durhaka

Maaf suara ku tidak begitu lunak hari ini, Mungkin selesema..

p/s: Sudahkah korang kirim belanja bulanan kepada ibubapa kamu??

5 comments:

CottonBud said...

salam brader. pandai pun ko ber blog. congratulations!

Heal me said...

awat?? u igt i ni sengal ker...ekekeke

CottonBud said...

contoh bunyi sengal... "my cat is alien".

hohoho.

Heal me said...

woooo...sampai hati...

CottonBud said...

erk, ko terasa ke? mahap yek, aku ni mulut laser. ok happy blogging!

p.s. - pehhh, tukar la muka nao nih. dia tu kembar aku. ko rupa rosyam, boh le muka rosyam.