Thursday, August 21, 2008

Cinta Cyber dan Jarak Jauh

~Assalamualaikum W.B.T

Hari ni tergerak hati aku utk menulis tentang cinta. Aku mengaku yang aku tidak berapa pandai dalam hal2 sebegini dan aku tidak mahu org salah faham yang blog aku ni merupakan blog jiwang. Cuma aku ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai pandangan aku terhadap cinta. Sekali lagi aku nak ingatkan AKU TAK JIWANG wahai kalian semua.


Cinta yang aku maksud kan adalah cinta cyber dan cinta jarak jauh. Tersangat la jauh iaitu dipisah kan oleh 2 benua. Korang ada pengalaman mcm ni?? dan cinta ini berputik bukan lah didepan mata tapi bermula dialam cyber. Pernah bercinta dialam cyber?? sejauh mana tahap keihklasan korang??

.........................................................

Dulu aku benar-benar tidak mempercayai cinta sebegini. Aku tidak yakin. Langsung tidak yakin. Sebab dulunya aku pernah 'set' dalam fikiran aku iaitu sempadan antara dunia cyber dan realiti. Bagi aku dunia cyber hanyalah hiburan semata dan bukannya sesuatu yang serius. Tidak boleh langsung disamakan dgn dunia realiti. Aku selalu ingat akan 3 perkataan ini 'DONT TRUST ANYBODY'. 3 perkataan ini lah yang selalu membuatkan aku lebih berhati2 didlm dunia cyber. Well im just going to say cyber love is crazy, its nothing. Mungkin kita perlu ada tahap kepercayaan yang tinggi kepada pasangan masing-masing. Tapi itu terlalu sukar buat aku. I would never want to imagine my other half with someone else, or imagine myself with someone else..

Aku juga pernah terlibat dalam percintaan sebegini. Aku tidak menafikan yang aku betul - betul bahagia ketika itu. Walaupun aku rasa selesa, persoalan mengenai hubungan cinta ini selalu bermain dalam fikiran aku. "Adakah aku yakin boleh meneruskan cinta sebegini??". Hari berganti hari namun aku still tertanya-tanya, dan sampai satu tahap aku telah berfikir semasak-masaknya lalu membuat keputusan untuk memutuskan hubunganku.Tapi itu tidak bermakna aku mempermainkan perasaan perempuan. Kerana aku mempunyai alasan aku sendiri. Cinta tu mmg betul2 wujud dalam hati aku. Mmg aku betul2 mengaku yang aku telah jatuh cinta waktu itu. Entah mengapa aku berasa tidak yakin. Aku tidak yakin untuk meneruskan cinta kami. Aku ingin meminta maaf sekali lagi kepada N. Kalaulah masa boleh diundur.



Tapi bermula pada suatu hari, kisah cinta cyber rakan ku telah berjaya mengubah pandangan aku. Pandangan mengenai cinta cyber dan jarak jauh. Kisah yang betul - betul membuatkan aku terharu. Mengajar aku apa itu erti pengorbanan, kesabaran, pahit manis dunia org bercinta. Memang aku baru sedar. Walaupun dipisahkan oleh 2 benua hubungan cinta mereka tidak langsung menunjukkan jalan mati. Tidak pernah terlepas utk bergurau senda, bertanya khabar atau mengambil berat antara 1 sama lain. Maafkan aku kerana tidak percaya terhadap cinta cyber dulu. And i'm just happy to realize my mistake.



Kini baru aku sedar, cinta bukan diukur pada jarak dan tempat tapi pada kejujuran dan keihlasan kita sendiri. Bercintalah dekat 1 inci sekalipun , jika hanya kerana suka-suka lebih baik putuskan sahaja. Jangan biarkan org lain menderita kerana kita. Maafkan aku N. That's not what i want but i'm perforce.

Aku bukan mengatakan tiada bahaya dalam percintaan cyber tapi aku ingin beritahu korang yang cinta cyber memang benar-benar wujud. Cuma kita perlu berhati-hati dalam membuat keputusan. Apa gunanya jika kita mempunyai keluarga dan sahabat handai tapi tidak meminta nasihat atau pandangan mereka. Pandangan mereka tentang percintaan kita memang sesuatu yang sangat-sangat diperlukan. Tapi letakkan yang paling utama iaitu kepada Allah S.W.T. Minta petunjuk dariNya. Banyak-banyakkan berdoa agar perjalanan cinta kita dirahmati.

Untuk memudahkan percintaan jarak jauh dan cyber korang, aku paste petua-petua dia yang aku dapat dari email. Harap membantu.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

So kepada rakanku iaitu S dan N, Aku berdoa untuk kebahagiaan cinta korang. Aku harap pihak lelaki tidak melakukan apa yang telah aku buat kepada Nurul dulu. Jangan biarkan dia menangis lagi.

~Jauh dimata dekat dihati

P/s : Cinta cyber dan jarak jauh ni orang kata leceh sebab banyak dugaan. Tapi tanpa dugaan apa lah makna hidup kita.

4 comments:

CottonBud said...

*aku angkat tgn*

15 yrs ago, aku cinta cyber dgn somebody... jumpa 2 kali jek dlm tempoh 3 tahun...

now we're married.

sekian, terima kasih.

Heal me said...

tu la..jodoh kita x leh nak elakkan..kat mana2 pun kita berada..

cinta said...

sekali sekala jiwang apa salahnya..

Anonymous said...

huhu!aku pn skg tgah alami cinte jarak jauh bmula dari cinte cyber..tp cinte kami baru berusia 4blan..aku x pnah jumpe lg..kekadang aku pn x tau apekah aku mampu tuk teruskn cinte ni ke x...aku kt KL dier kt klatey...huhuh!